5 Rentung: Cita-Cita Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Ikut Jejak Ibu Tidak Kesampaian

5 Rentung: Cita-Cita Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Ikut Jejak Ibu Tidak Kesampaian

KUALA KANGSAR: Hasrat seorang daripada lima pelajar yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi untuk mengikut jejak ibunya dalam bidang perniagaan tidak kesampaian.

Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang beralamat di Batu Caves, Selangor adalah pelajar semester dua Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Ibunya Siti Norazah Bahari, 42, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan sejak dahulu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan berjaya.

“Arwah ambil jurusan perniagaan sebab dia memang minat berniaga macam saya tetapi kami keluarga terima atas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Siti Norazah berkata kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu adalah petang semalam namun Muhammad Nabil Haikal tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Arwah ada bertanya tentang kucing tetapi apabila dibalas sampai malam mesej menerusi aplikasi WhatsApp tidak berjawab.

“Dia juga tidak ada memaklumkan hendak pergi ke mana-mana dan kami dapat tahu mengenai kejadian apabila rakan arwah menghubungi kami memaklumkan anak saya terlibat kemalangan,” katanya sebak.

Katanya, dia baru sahaja menghantar Muhammad Nabil Haikal untuk pulang ke kuliah dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pada Isnin lepas bagi menjalani pembelajaran secara bersemuka buat pertama kali kerana hanya menghadiri kelas secara dalam talian sebelum ini.

Siti Norazah berkata pemergian anak kesayangannya itu tidak disangka dan kehilangannya amat sukar dipercayai oleh mereka sekeluarga kerana amat manja dengan adik-beradiknya yang lain.

Katanya, jenazah Muhammad Nabil Haikal akan dibawa untuk dikebumikan di Nilai, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Kuala Kangsar.

Dalam kejadian tengah malam tadi, Muhammad Nabil Haikal yang duduk di bahagian penumpang belakang rentung bersama empat rakan apabila kereta jenis Honda City dinaiki terbakar selepas kemalangan bersama dua treler KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar.

Empat rakannya yang turut terkorban adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, (pemandu), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 (penumpang hadapan), Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Sementara itu, Halimi Ali Yahad, 50, bapa kepada Iqbal Hasnun berkata dia menghantar anaknya pulang ke kampus bagi meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada Ahad lepas setelah menyambut Hari Raya di Johor.

“Saya tidak melihat perubahan pada anak saya semasa pulang beraya. Walaupun sedih tetapi Allah lebih menyayanginya apabila meninggal dalam keadaan muda dan kami reda,” katanya.

Mengulas mengenai perwatakan Iqbal Hasnun, dia berkata anaknya itu seorang yang penyayang dan selalu berpesan kepada adik-adiknya supaya menjaga kesihatan.

“Ini kerana Iqbal Hasnun menghidap penyakit pneumonia (radang paru-paru) sejak kecil lagi,” katanya.– BERNAMA

5 Rentung: Cita-Cita Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Ikut Jejak Ibu Tidak Kesampaian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker