Tenun Pahang kebanggaan negara di London – Ismail

Tenun Pahang kebanggaan negara di London – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa gembiranya apabila sambutan bagi pameran berkenaan khususnya tenun Pahang mendapat sambutan amat menakjubkan.

“Saya dan Kerajaan menjunjung kasih KDYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana memperkenalkan hasil tenunan Pahang di London.

“Baginda berkenan mengetuai delegasi negara ke pameran tekstil tenun itu yang bermula dari 9 Mei sehingga 15 Mei ini,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.



Perdana Menteri berkata, ini merupakan penyertaan julung kali Malaysia dalam LCW.

Menurut beliau, lebih 300 produk tenunan yang dipamerkan di LCW adalah hasil kerja tangan banduan dari Penjara Penor dan Bentong sebagai usaha untuk mempromosikan produk kraf tempatan di luar negara.

“LCW disertai oleh lebih 250 pereka yang mewakili pelbagai jenama terkenal dunia,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia adalah salah sebuah daripada dua negara terpilih untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival itu sebagai platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia.



Diterajui Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pameran itu mengetengahkan program tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, serta koleksi Tenun peribadi. E9

Tenun Pahang kebanggaan negara di London – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker