Shabery jawab Tuan Ibrahim

Shabery jawab Tuan Ibrahim

‘Ummah tak berpecah walau tanpa kerjasama Umno-PAS’

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Ahmad Shabery Cheek bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik.



Pada masa sama, Shabery berkata ummah juga tidak akan berpecah tanpa kerjasama politik.

Mengulas isu kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN), dia berkata biarlah BN bergerak secara solo.

Katanya, Umno dan PAS telah bertembung dalam beberapa PRK sebelum ini namun kedua-duanya masih boleh bersama dalam kerajaan.

“Betul saya setuju. Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik. PAS sudah mengenepikan warna hijaunya dan memilih biru PN untuk lawan BN. BN biarlah dengan BN.



“Medan tempur telah kita lalui bersama di Melaka dan Johor. Kata-mengata, gelar menggelar sudah dilemparkan. ‘No hard feelings, nothing personal’. Selepas itu masing-masing masuk pejabat dan bermesyuarat bersama dalam kerajaan.

“Ulang balik di PRU15. Kalau ada rezeki boleh duduk sekali lagi bersama dalam kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hantaran itu turut melampirkan laporan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa PAS kekal dengan prinsip penyatuan ummah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi PRU15.

Katanya, parti itu melihat keperluan untuk penyatuan dalam kerangka yang ditandatangani menerusi piagam MN.



“Elok kalau dibaca dan dihayati semula apa yang telah disepakati, waktu itu PAS dan Umno merasai adanya ancaman kepada masa depan Melayu Islam dan kita berhimpun menentangnya,” katanya seperti dipetik.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berharap PAS tidak akan ditinggalkan Bersatu yang kini sedang mencari “khemah besar” untuk menjadi perdana menteri kesepuluh.

“Khabarnya Bersatu pun sedang cari khemah besar. Cari formula nak jadi PM ke-10. Mudahan PAS tak ditinggalkan. Kalau ada rezeki, tak kira dengan siapa, PAS tetap dalam kerajaan.

“Umat tak pecah pun tanpa kerjasama politik. Chill, relaks dan sejukkan hati,” katanya lagi. Mk



Shabery jawab Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker