Musim sotong dorong nelayan Vietnam ceroboh perairan



Musim sotong dorong nelayan Vietnam ceroboh perairan

Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 100 kilogram (kg) sotong gred A dari sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan dalam operasi bersepadu di kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.

Bot bersama enam kru termasuk tekong berusia 18 hingga 56 tahun itu ditahan menerusi Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman kerana menceroboh perairan negara.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot nelayan Vietnam itu cuba melarikan diri namun berjaya dihalang kapal APMM selepas hampir sejam mengejar bot terbabit.

“Pemeriksaan mendapati semua kru termasuk tekong tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.




“Bot juga tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia.

“Sementara, kru akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963,” katanya.

Katanya, selain sotong, pihaknya turut merampas 500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan dan bot yang semuanya dianggarkan bernilai RM1 juta.

Menurutnya, musim sotong bermula April hingga Ogos menyebabkan nelayan Vietnam bertindak menceroboh perairan negeri ini bagi mencuri hasil laut berkenaan.

“Setiap kali apabila tiba musim sotong, kes pencerobohan nelayan Vietnam di perairan negeri ini akan meningkat berbanding pada bulan biasa,” katanya.




Selain itu katanya, nelayan Vietnam dipercayai sengaja mengambil kesempatan menceroboh perairan negara kerana beranggapan penguatkuasaan longgar ketika Aidilfitri.

“Ini adalah tangkapan ke-14 membabitkan pencerobohan nelayan asing melalui Op Khas Pagar Laut 1/2022 dengan penahanan keseluruhan seramai 104 kru warga Vietnam,” katanya. HM

Musim sotong dorong nelayan Vietnam ceroboh perairan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.