Bersatu bersedia sertai ‘khemah besar’, Ini jawapan Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: Pas masih belum membuat sebarang ketetapan susulan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia menyertai agenda ‘khemah besar’ yang dibawa oleh blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana parti itu setakat ini cuma menganggap dakwaan tersebut sebagai khabar angin.

Justeru katanya, sebarang ketetapan parti itu hanya diputuskan sekiranya ada perbincangan rasmi antara parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).



“Sehingga ke hari ini kita ti­dak ada dalam perbincangan PN. Isu itu tidak pernah dibincang­kan, jadi saya yakin sekiranya ada apa-apa perubahan atau hala tuju oleh parti komponen, ia akan dibincang dalam mesyua­rat Majlis Tertinggi (MT) PN.

“Jadi sekiranya mana-mana parti PN yang mahu buat jajaran baharu atau perbincangan de­ngan mana-mana pembangkang mesti dibawa MT sebab ia akan ada implikasi kepada PN dan mesti secara konsensus antara komponen PN.

“Setakat ini, pas tunggu per­bincangan dan hanya anggap (dakwaan) hanya khabar angin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian bagi mengulas menge­nai keputusan parti itu sama ada akan ikut bersama atau mening­galkan PN sekiranya Bersatu me­milih untuk berada dalam khe­mah besar.



Pada 24 April lepas, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah memberi baya­ngan parti itu bersedia menyertai agenda ‘khemah besar’ yang dibawa oleh blok pembangkang, apabila menyatakan kesediaan berunding dengan mana-mana parti bagi menghadapi pilihan raya umum.

Pengerusi PN itu berkata, kerjasama antara parti penting bagi memastikan saingan satu lawan satu dengan BN pada PRU15, sekali gus mengelakkan perpe­cahan undi. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker