Aidilfitri: Pekerja p-hailing raih RM2,000
Aidilfitri: Pekerja p-hailing raih RM2,000
Ipoh: Keputusan pekerja perkhidmatan penghantar makanan (p-hailing) untuk bekerja pada Aidilfitri nyata membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan lumayan.
Mana tidaknya, Muhammad Amir Ashraf, 23, berkata, dia meraih keuntungan kira-kira RM2,000 dalam seminggu bekerja bermula hari pertama Aidilfitri.
Menurutnya, selama dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan pendapatan diraihnya itu diibaratkan sebagai satu kejayaan selain meluahkan perasaan syukur terhadap hasil diperolehnya itu.
Berkongsi lanjut, Amir berkata, dia hanya menjamu juadah Aidilfitri di pagi raya bersama keluarga sebelum bergegas menghantar makanan di sekitar Ipoh bermula tengah hari hingga petang.
“Pada saya, cukuplah dapat menjamu makanan di pagi raya. Walaupun Aidilfitri tahun ini meriah, namun saya memilih untuk bekerja kerana saya perlu mencari rezeki lebih.
“Saya terkejut pada Hari Raya pertama saya melakukan penghantaran makanan hingga 70 pesanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, sebagai pekerja p-hailing, itu merupakan angka yang jarang diperolehi kerana ia memerlukan masa dan tenaga serta kerajinan untuk membuat penghantaran sebanyak itu.
Seorang lagi pekerja p-hailing, Muhammad Hafiz Khairuddin, 20, mengakui gembira kerana mampu meraih hingga RM300.
Katanya, walaupun tidak memperoleh sehingga ribuan ringgit namun dia berpuas hati dengan hasil pendapatannya itu.
“Saya tidak pernah memperoleh keuntungan seperti ini, jadi sebagai pekerja yang bergantung pada pendapatan harian, saya berasa syukur dengan rezeki ini.
“Selalunya, pendapatan harian saya sebanyak RM70 sehari, namun bagi saya itu sudah mencukupi. Apabila dapat pendapatan lebih, saya kira ini merupakan rezeki daripada Tuhan.
“Walaupun terpaksa bekerja di kala kawan-kawan menyambut Aidilfitri, namun saya rela hati kerana duit ini boleh disimpan untuk kegunaan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, dia terus keluar untuk menghantar makanan dan memperoleh sebanyak 15 pesanan pada hari berkenaan.
“Permintaan pesanan makanan ini kadang tidak menentu kerana ia bergantung pada pelanggan. Namun, saya melihat perbezaan semasa perayaan ini dan mengambil kesempatan untuk bekerja,” katanya. HM
Aidilfitri: Pekerja p-hailing raih RM2,000
Baca Artikel Menarik:
- Cabul penumpang ketika tidur, pemandu kedua bas direman 4 hari
- Mekanik didakwa bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri
- BN mampu menang tanpa MN – Penganalisis
- Polis sahkan Myvi putih PGT 124 guna nombor palsu
- Mimi Fly tak serik bercinta lagi
- Kecewa dengan DAP, Ong Kian Ming umum untuk tidak bertanding dalam PRU15
- Muafakat Nasional (MN): ‘Kepala’ perlu bersatu, bukan cuma ‘badan’
- Blogger Kanada sanggup datang balik ke Malaysia untuk hadir Rumah Terbuka PM
- Sejam Kena ‘Panggang’ Tanpa Aircond, Penumpang MAS ke Sabah Luah Kekecewaan
- Kesesakan jalan raya buat pasangan kekasih ambil kesempatan buat ‘projek’ [VIDEO]
- Rizalman berkongsi kisah scammer menyamar ‘Permaisuri Agong’
- Fuad Rahman jelmaan Saleem
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat
Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock