Rakyat Sri Lanka lancar mogok 24 jam
Rangkaian bas dan kereta api di Sri Lanka melancarkan mogok selama 24 jam dengan mengosongkan pejabat dan kilang-kilang di seluruh negara.
Mereka menuntut jemaah menteri pentadbiran sekarang meletak jawatan berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk.
Selepas beberapa bulan ketiadaan bekalan elektrik, kekurangan bekalan makanan, bahan api dan bekalan ubat, rakyat terus menderita dan semakin melarat.
Kemarahan orang ramai menuntut pentadbiran kerajaan berundur selepas kegagalan menangani krisis ekonomi yang paling teruk melanda sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1948.
Ribuan pekerja melancarkan mogok selama 24 jam bermula semalam yang dianjurkan kesatuan sekerja negara.
Perkhidmatan bas persendirian turut senada dengan menghentikan operasi perkhidmatan mereka manakala pekerja kilang pula mengadakan bantahan di luar bangunan sambil mengibarkan bendera berwarna hitam.
“Kita anggap kesilapan ini disebabkan dasar Presiden yang membawa keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk,” ujar Ketua Kesatuan Pekerja, Ravi Kumudesh.
Tegasnya lagi, pemimpin utama kerajaan perlu bertanggungjawab dan berundur dengan segera.
Sementara itu, Presiden Gotabaya Rajapaksa menegaskan, tidak akan berundur walaupun bantahan semakin memuncak.
Semalam polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah ribuan pelajar yang cuba menyerbu masuk ke bangunan Parlimen.
Krisis ekonomi Sri Lanka bermula sejak pandemik sekali gus menjejaskan ekonomi negara itu.
Lebih menyedihkan hospital-hospital utama di negara itu kekurangan bekalan ubatan penting menyebabkan kerajaan merayu kepada rakyat di luar negara untuk menderma bagi menyelesaikan perkara tersebut. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]