Kesal PH ‘cuci tangan’ isu LCS

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa projek enam kapal tempur pesisir (LCS) yang sudah lebih 43 bulan diberhentikan akan diteruskan.

Ini adalah keputusan tepat memandangkan projek yang bermula pada 2015 itu mempunyai kepentingan strategik bagi meningkatkan sistem pertahanan negara khususnya menggantikan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang 60 peratus dikategorikan sebagai usang.

Hishammuddin yang menjadi Menteri Pertahanan dari 2013 hingga 2018 ketika pembinaan kapal itu baru bermula, sudah tentu mengerti betapa pentingnya kapal berasaskan reka bentuk lebih besar korvet halimunan, Gowind dari Perancis itu kepada negara ini.

Apa yang anehnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga di dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) mengakui kepentingan strategik LCS.

Namun, Menteri Pertahanan kerajaan PH ketika itu bertindak untuk memberhentikan projek berkenaan kerana terdapat tuduhan kepincangan dan ketirisan dalam sistem perolehan.

Tindakan yang amat tidak bijaksana ini telah mendatangkan lebih banyak masalah kepada projek yang sudah cukup dengan masalah tersendiri.

Seharusnya, ketika itu, kerajaan PH menjalankan siasatan tentang ketirisan tetapi pada masa yang sama mencari penyelesaian untuk memastikan kapal dibina mengikut garis masa yang dipersetujui.

Sebaliknya, kerajaan PH bersikap gopoh dengan mengambil jalan mudah untuk memberhentikan projek bernilai RM9 bilion berkenaan yang sudah siap lebih 50 peratus ketika itu.

BESI BURUK

Bayangkan, jika kita sedang membina sebuah bangunan, tapak sudah diperkukuh, tiang seri sudah dibina, tiba-tiba projek diberhentikan serta-merta. Tiada sebarang hala tuju ditetapkan kerajaan PH, bagaimana untuk bergerak ke hadapan?

Bagaimana pula dengan nasib subkontraktor yang terlibat dalam projek tersebut, adakah akan mendapat bayaran untuk khidmat mereka? Apa jadi pada ceracak di tapak pembinaan yang dibiar berkarat dan menjadi besi buruk?

Apabila Hishammuddin mengumumkan keputusan Jemaah Menteri meneruskan projek LCS, pemimpin PH yang bertindak memberhentikan projek itu cuba pula untuk memutarbelitkan kenyataan dengan menyalahkan kerajaan hari ini kerana menyebabkan projek LCS lewat disiapkan.

Sememangnya, keputusan kerajaan PH untuk memberhentikan sesuatu projek besar dan strategik, tanpa mempunyai hala tuju bagaimana untuk menyelesaikan masalah untuk terus bergerak ke hadapan merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, proses menghidupkan kembali projek ini memakan masa. Namun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan kerajaan hari ini yang berani membuat satu keputusan yang sukar dengan begitu teliti.

Kita dapat melihat banyak sesi perbincangan dan libat urus dijalankan oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk mencari jalan keluar daripada kemelut ini.

Kesungguhan pihak-pihak ini harus dipuji. Mereka tidak berpeluk tubuh menyalahkan pihak-pihak lain, malah terus bekerja mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah demi negara. Ini adalah manifestasi kepimpinan yang bertanggungjawab.

Dengan wujudnya Pelan Pemulihan Projek LCS dan jawatankuasa khas yang memantau projek ini, saya amat berharap agar segala permasalahan sebelum ini dapat diatasi dengan teratur dan telus.

Mereka yang bersalah melakukan penyelewengan perlu ditangkap dan dihukum. Hutang yang tertunggak kepada vendor perlu dibayar sesuai perjanjian asal.

Kos projek perlu dikawal dengan baik dan garis masa harus dipatuhi. Elemen tadbir urus yang baik harus diterapkan. Wang rakyat jangan dibazirkan. – UTUSAN

IR. HAMDAN ZAKARIA, Kuala Lumpur

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker