PDRM umum pertukaran 16 pegawai kanan berkuat kuasa mulai 24 Julai

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 16 pegawai kanannya, yang berkuat kuasa mulai 24 Julai depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC), Tan Beng Yeow ditukar ke Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Ujarnya, pertukaran lain melibatkan Ketua Cawangan Khas, Perak, Datuk Shazeli Kahar kepada jawatan Penolong Pengarah E1A, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan turut memangku pangkat DCP.



“Penolong Pengarah E1C, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Dr. Lim Joo Soon juga ditukar kepada Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman.

“Jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka pula akan diisi oleh SAC Md. Nazri Zawawi yang dulunya memangku jawatan Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

“Jawatan Md. Nazri seterusnya akan digantikan oleh Komandan Pulapol Kuching, Sarawak, SAC Razali Mohamad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noorsiah lagi, jawatan Komandan Pulapol Kuching, Sarawak pula akan diisi oleh Asisten Komisioner (ACP) Zulfikar Mohd. Ghazali yang dulunya menjawat jawatan Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam, Kuching, Sarawak dengan memangku pangkat SAC.



Sementara itu, ujarnya, Penolong Pengarah E1A, Cawangan Khas, Bukit Aman, SAC Norhasni Hassan akan bertukar ke Penolong Pengarah E1C, Cawangan Khas, Bukit Aman.

“Diikuti dengan ACP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Selangor, Alina Sa’ad akan bertukar ke Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi, Perak, ACP Hishammudin Mohd. Amin akan bertukar ke Ketua Cawangan Khas Perak dengan memangku pangkat SAC.

“Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Selangor, Superintendan Rudy Abdullah pula akan memangku jawatan Timbalan Ketua Staf Operasi Darat Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Kementerian dalam Negeri,” ujarnya.



Dalam pada itu, Pegawai Turus Siasatan Cawangan Siasatan, Perundangan, Kajian Kes Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Superintendan Nor Azrina Mokhtar ditukarkan kepada Penolong Pengarah di bahagian yang sama dengan memangku pangkat ACP.

Noorsiah berkata, Ketua Polis Daerah Tapah, Perak, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail ditukarkan kepada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi, Kedah dengan memangku pangkat ACP.

Katanya, jawatan ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah pula akan diisi oleh Ketua Polis Daerah Labuan, Sabah, Superintendan Ahmad Jawila.

“Jawatan Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam, Kuching, Sarawak, akan diisi dengan Timbalan Komander, Superintendan Ab. Rahman Mat Hasan dari jabatan yang sama dengan memangku pangkat ACP.



“Pegawai Turus Pendataan, Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kuala Lumpur, Superintendan Somu Subramaniam akan bertukar ke ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan, Selangor.

“Superintendan E3E Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintendan Mohd. Hafiz Abu bakar pula bakal bertukar kepada Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikam dan Operasi, Perak dengan memangku pangkat ACP,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker