7 Perceraian Artis Malaysia Yang Mengejutkan 2021

7 Perceraian Artis Malaysia Yang Mengejutkan 2021

Kes perceraian di kalangan selebriti sentiasa menjadi perhatian netizen, lagi-lagi di Malaysia, isu beginilah yang sentiasa di ‘google’.

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat, namun beberapa pasangan artis di Malaysia ini akhirnya tewas dan bercerai. Lebih mengejutkan, ada di kalangan selebriti ini dalam diam sudah sekian lama berpisah namun tidak bersedia memberitahu kepada ahli media.

Pada tahun 2021, ramai selebriti memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Murai MY telah menyediakan sedikit bingkisan mengenai 5 pasangan artis yang bercerai di 2021 yang tidak disangka-sangka.

Aishah

Juara Gegar Vaganza musim ke empat, Aishah, 56, mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga. Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

King Coco

Hanya bertahan selama 4 tahun, King Coco yang pernah mendapat gelaran ‘lots of mix’ ini tiba-tiba sahaja memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi bersama suami, Azrin Anas Abdul Shukor. Walaubagaimanapun, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 23, dia kini telah kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh perceraian mereka. Sekadar info, King Coco dan Azrin Anas mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017 dan telah dikurniakan dua cahaya mata.

Fizi Ali

Tanpa disangka-sangka, penyampai radio popular Suria FM, Fizi Ali mengesahkan perkahwinan yang baru berusia tiga tahun bersama pelakon Shakila Khoriri kini berakhir. Fizi berkata Kosmo, bahawa hubungannya dengan Shakila sudah berakhir dan kini membawa haluan masing-masing. Berita tersebut benar-benar mengejutkan peminat kerana rumah tangga mereka selama ini terlihat ceria dan bahagia.

Siti Saleha

Siapa sangka pada pertengahan bulan oktober yang lalu, aktres popular, Siti Saleha memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, selepas berdepan keretakan rumah tangga. Walaubagaimanapun, Saleha tidak mengulas anjut punca perceraian namun dia akur dengan ketentuan hidupnya. Pemenang trofi Asia Model Awards 2020 di Seoul, Korea Selatan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Yasmin Hani

Pengacara Yasmin Hani menerusi Instagramnya, telah memaklumkan bahawa dirinya telah bercerai dengan suami, Shahrin Razali. Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Shila Amzah

Penyanyi lagu Tiada Dirimu, Shila Amzah, 31, mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak dua bulan lalu selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Tidak mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangga, Shila atau nama sebenarnya, NurShahila binti Amir Amzah reda dengan takdir yang tertulis buatnya. Tambah penyanyi itu, dia telah pun menfailkan perceraian namun masih dalam proses.

Penyanyi yang menempa nama di negara China ini berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018. Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015. Pasangan ini dikurniakan seoranga cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais yang berusia 1 tahun.

Fiza Elite

Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akui sudah berpisah dengan suaminya, Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu. Memetik laporan Berita Harian, Fiza mengunci mulut mengenai status dirinya kerana ingin mencari kekuatan mendedahkan perkara sebenar. Ini merupakan perkahwinan yang menemui titik akhir dengan perceraian. Walaubagaimanapun, Fiza reda jodoh dengan juruterbang ini tidak berpanjangan. Mereka berkahwin pada Disember 2016. Murai

7 Perceraian Artis Malaysia Yang Mengejutkan 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker