Tragedi Aidilfitri, remaja maut, rakan parah
KUALA PILAH – Seorang remaja maut, manakala rakannya parah dalam kejadian kemalangan di Jalan Keretapi Lama-Juasseh, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, iaitu penunggang motosikal, Muhammad Fareed Haikal Abd Shukor, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya Ahmad Uzair Aziz, 19, mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Jemapoh menghala ke Juasseh Hilir.
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas lalu kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan.
“Mayat mangsa yang meninggal kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk proses bedah siasat, manakala mangsa yang cedera juga dirawat di hospital sama,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)