Sanggup hutang demi tunang, wanita hidup dalam ketakutan diburu 38 Ah Long

Sanggup hutang demi tunang, wanita hidup dalam ketakutan diburu 38 Ah Long

Gara-gara diperdaya tunang, seorang wanita kini diburu 38 Ah Long atas pinjaman yang dibuat menggunakan namanya.

Kisah hitam itu membelenggu hidup Rohani (bukan nama sebenar), 21, yang dikhianati bekas tunang sehingga terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah lebih RM30,000.

“Daripada pertama kenal lagi dah macam saya yang banyak tanggung dia daripada dia yang tanggung sebenarnya. Tapi bila macam biasalah orang kata, bila dah senang, dia dah lupa siapa yang tolong dia waktu susah.

“Kiranya bila saya susah dia tak boleh nak tolong saya yang terjebak dengan Ah Long ni. Dia kata pinjam sahaja dengan Ah Long lagi senang,” katanya ketika ditemui FMT di Pondok Hijrah Muslimah Malaysia, Taman Permata.

Menurut Rohani, segala pinjaman atas namanya dan kebanyakan wang digunakan bekas tunangnya.

Namun, apa yang lebih mengecewakan lelaki itu pula tergamak membuat laporan polis mendakwa dia yang berhutang dengannya.

“Dia buat satu ‘report’ polis dia cakap saya ada hutang dengan dia sebanyak RM38,000 dan dia cakap saya bekas tunang.

“Kalau ikutkan memang kita terasa sangat sebab dalam laporan yang dibuat ada perkara tak betul dia cakap. Kita rasa macam kenapa kau buat aku macam ini, setelah apa yang aku dah tolong, bantu kau,” cerita Rohani sambil menahan sebak.

Rohani cuba bertahan kerana percaya bekas tunangnya akan berubah. Sangkaan Rohani bagaimanapun meleset setelah keadaan menjadi lebih teruk apabila keluarganya pula berdepan ugutan dan terpaksa menanggung hutang itu.

Tipu daya tunang dan gangguan Ah Long menyebabkan Rohani mengalami tekanan perasaan yang hebat, murung, dan rasa bersalah kepada ibu bapa.

Dia dihantar ke pusat perlindungan itu untuk membantunya mengharungi gelora perasaan itu, sementara ibu bapanya berusaha melangsaikan segala hutangnya.

“Cuba lagi untuk bertahan mungkin dia boleh berubah tapi macam sampai satu tahap. Tahun ini dah tak boleh sebab keluarga pun dah mula tanggung untuk bayar hutang.

“Dia macam lepas keluarga dah selesaikan, kita buat hal lagi. Itulah salah satu kesilapan sayalah. Bila ayah buat keputusan hantar ke sini, saya terima dengan rela hati,” katanya.

Bercerita lanjut, Rohani berkata, kebanyakan Ah Long yang dijumpai adalah melalui aplikasi dan jumlah wang dipinjam setiap Ah Long pula dianggarkan RM1,000 seorang.

Namun bagi Rohani, saban hari perasaan serba salah dan ketakutan menyelubungi diri apabila memikirkan keselamatan keluarga kerana terdapat beberapa Ah Long pernah mengugut mahu mencederakan ibunya.

“Biasanya perasaan datang lepas Asar. Lepas Asar sahaja dah mula rasa macam ‘apa jadi dengan mak aku ya?’ Kadang-kadang malam sebelum nak tidur, fikir selamat tak keluarga aku dekat rumah, macam mana (keadaan) mereka.

“Ada dalam dua ke tiga orang (Ah Long) yang ugut macam nak datang rumah, nak kunci pagar, nak pukul mak,” katanya.

Meski berdepan pelbagai hinaan daripada orang luar termasuk keluarga sendiri, Rohani tekad mahu mengambil peluang selama berada di pusat perlindungan itu untuk berhijrah ke arah kebaikan dengan bantuan warden dan rakan-rakan. FMT

Sanggup hutang demi tunang, wanita hidup dalam ketakutan diburu 38 Ah Long


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker