Pemandu rempuh pagar rumah meninggal dunia

Pemandu rempuh pagar rumah meninggal dunia

Seorang lelaki yang parah selepas kereta dipandunya merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Tamparuli-Tuaran, Sabah Ahad lepas, meninggal dunia semalam.

Harian Metro melaporkan, Adri Bidin yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, meninggal dunia pada 7.30 pagi Isnin akibat kecederaan organ dalaman dan kepala.

“Mangsa yang diselamatkan pasukan bomba ditemui pengsan dan dihantar ke Hospital Tuaran sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

“Namun, pihak hospital semalam memaklumkan polis yang mangsa meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan hari ini,” kata Pemangku Ketua Polis Tuaran Raji Hussin Suhodin.

Dalam kejadian 7.50 malam itu, mangsa tersepit selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar paip air di bahu jalan sebelum merempuh pagar rumah penduduk dekat stesen minyak Telibong. FMT

Pemandu rempuh pagar rumah meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker