MySejahtera perkenal ciri baharu kesan penyakit berjangkit

MySejahtera perkenal ciri baharu kesan penyakit berjangkit

Satu ciri baharu telah ditambah pada aplikasi MySejahtera yang membolehkan orang ramai mengesan penyakit berjangkit selain Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ciri itu membolehkan pengguna melihat jumlah kes penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di kawasan mereka.



“(Kemas kini) terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Pada 29 April, Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, jumlah kes mingguan HFMD di negeri itu kini melebihi paras amaran.

Katanya, setakat 27 April, sebanyak 5,346 kes direkodkan bagi penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun itu.

Khairy sebelum ini mengumumkan, MySejahtera akan ditambah baik dengan menjadikan Pengesan Titik Panas bagi Covid-19 kepada Pengesan Penyakit Berjangkit untuk mengesan titik panas bagi penyakit lain.



Antara penyakit yang boleh dikesan termasuk penyakit anjing gila (rabies), campak dan denggi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya terus memakai pelitup muka di kawasan tertutup atau sesak ketika menyambut perayaan.

“Jika bergejala buat ujian kendiri dan lapor di MySejahtera,” katanya. FMT

MySejahtera perkenal ciri baharu kesan penyakit berjangkit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker