Dua remaja maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

KUANTAN: Dua remaja maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, di Kilometer 23 Jalan Pekan/Batu Balik di Pekan.

Ketua Polis Pekan, Mohd Zaidi Mat Zain, berkata kedua-dua mangsa yang berusia 18 tahun maut di lokasi kejadian, dalam kemalangan yang berlaku pada 5.30 petang.

Penunggang, Muhammad Nur Zulkefli Zakaria, dan pembonceng, Muhammad Ibrahim Mhd Kchairudin, dari Kampung Temai Tengah dan Temai Hilir dipercayai dalam perjalanan untuk beraya.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari Pekan ke Batu Balik terbabas semasa mengambil selekoh, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Mitsubishi Triton dinaiki dua beranak,” katanya dalam kenyataan.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker