Maut kemalangan selepas berbuka puasa bersama rakan

Maut kemalangan selepas berbuka puasa bersama rakan

KAJANG: Seorang penunggang motosikal maut akibat kemalangan di Jalan Bangi Lama, di sini pada Ahad ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama rakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, kejadian pada jam 12.01 tengah malam itu berlaku ketika lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan balik dari Kajang ke Banting.



Kata Mohd Nasir, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Pulsar itu dipercayai telah gagal mengawal motosikalnya semasa mengambil selekoh sebelum terbabas jatuh di laluan bertentangan.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan polis meminta saksi yang melihat kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Inspektor M Somasureshan di talian 016-4915193 atau 03-89114262.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SH

Maut kemalangan selepas berbuka puasa bersama rakan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker