Cuti Hari Pekerja dianjak ke Rabu

Cuti Hari Pekerja dianjak ke Rabu

Cuti Hari Pekerja secara automatik dianjakkan ke Rabu ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri ketika mengesahkan perkara itu berkata ia susulan perayaan Aidilfitri yang disambut hari ini seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam tadi.

Jelasnya, perubahan tarikh itu selaras peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Ordinan Cuti (Sabah Cap. 56) dan Ordinan Cuti Awam (Sarawak Cap. 8).

“Gantian cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan pihak berkuasa negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti.

“Selamat menyambut Aidilfitri buat seluruh Keluarga Malaysia yang dikasihi,” katanya menerusi kenyataan, tengah malam tadi. BH

Cuti Hari Pekerja dianjak ke Rabu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker