Aidilfitri: Orang ramai berpusu ke kaunter zakat fitrah

Aidilfitri: Orang ramai berpusu ke kaunter zakat fitrah

KUANTAN: Orang ramai yang mengunjungi Bazar Aidilfitri di Jalan Stadium, Kuantan tidak melepaskan peluang untuk menunaikan zakat fitrah mereka pada malam Raya.

Memandangkan tarikh hari Raya pada 2 Mei, mereka sanggup beratur untuk membayar zakat fitrah melalui beberapa amil dari Pusat Kutipan Zakat Pahang yang ditugaskan di kawasan itu.

Mohd Azrin Shukor, 45, berkata, pada awalnya dia berhasrat menunaikan zakat fitrah sehari sebelum Aidilfitri tetapi tidak menyangka Aidilfitri disambut lebih awal.

“Selalu memang bayar zakat fitrah pada malam Raya, itu rutin setiap kali Ramadan. Cuma tahun ini, tidak sangka pula Hari Raya diumumkan awal.

“Malam ni saya bergegas ke kawasan tumpuan seperti Bazar Aidilfitri di sini untuk bayar zakat fitrah. Bimbang esok tak sempat sebab mungkin amil pun kena serbu,” katanya.

Mohd Hasril Jailani, 45, berkata, walaupun terpaksa bergegas ke Bazar Aidilfitri semata-mata untuk membayar zakat fitrah namun usahanya berbaloi.

Katanya, dia terpaksa meredah trafik yang sesak untuk menunaikan ibadah itu.

“Bukan tidak boleh bayar pagi hari Raya, tapi bimbang juga tidak sempat. Sebab saya percaya, ramai yang membayar zakat fitrah mereka pada hujung-hujung Ramadan,” katanya.

Sementara itu, amil, Ahmad Zamzamiri Ahmad memberitahu kaunter yang dibuka untuk pembayaran zakat fitrah penuh dengan orang ramai yang beratur bermula jam 8.30 malam.

Katanya, ini merupakan malam ketiga dia berada di kawasan tumpuan itu bagi memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah.

“Urusan pembayaran zakat fitrah bagi setiap seorang tidak sampai seminit pun, jadi urusan lebih cepat dan mereka yang beratur pun tidak lama.

“Cumanya, apabila menjelang tengah malam semakin ramai pula yang beratur. Namun, saya menerima kehadiran mereka untuk menunaikan ibadah tersebut,” katanya.-AA

Aidilfitri: Orang ramai berpusu ke kaunter zakat fitrah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker