Kerajaan Setuju Beri ‘Ganjaran’ Sempena Hari Pekerja 2022

Kerajaan Setuju Beri ‘Ganjaran’ Sempena Hari Pekerja 2022

Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja dalam menjana kemajuan negara, kerajaan bersetuju memberi ‘ganjaran’ sempena sambutan Hari Pekerja 2022 bertemakan “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara”.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia mendapat manfaat itu.



Selain itu, melalui Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzCover.com yang diperkenalkan mulai hari ini (1 Mei), penjawat awam akan ditawarkan pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah dan skim akan diperluaskan kepada sektor swasta.

“Program ini akan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),” katanya dalam ucapan khas sempena Hari Pekerja 2022 yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Ismail Sabri berkata gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa hari ini pula merupakan hadiah kepada golongan pekerja atas dedikasi tanpa jemu dalam membangunkan ekonomi negara.-AA

Kerajaan Setuju Beri ‘Ganjaran’ Sempena Hari Pekerja 2022

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker