Jangan undang laknat Rasul, kemurkaan Allah
Jangan undang laknat Rasul, kemurkaan Allah
Dalam keghairahan meraikan sambutan hari raya, umat Islam diingatkan supaya tidak mencemarinya dengan perkara maksiat dan mungkar.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib Masjid Negara hari ini, mengingatkan umat Islam untuk tidak menormalisasikan perbuatan yang haram.
“Jangan normalisasikan perbuatan yang haram. Haram tetap haram! Paling ditakutkan ialah mengundang laknat dari Rasulullah. Baru-baru ini, tular video klip lagu raya yang memaparkan beberapa lelaki yang bertindak menyerupai wanita.
“Terus-terang dikatakan bahawa tindakan ini bercanggah dengan nilai Islam dan hakikat Aidilfitri itu sendiri. Cukup, cukuplah membuat publisiti murahan.
“Itu bukan akhlak Islam, itu bukan ajaran Islam,” demikian menurut khutbah yang disampaikan itu.
Justeru, umat Islam yang melakukan kesilapan diminta supaya bertaubat.
“Usah dicemari keberkatan Ramadan dan kesucian Aidilfitri dengan perkara maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
“Sama-sama kita menegur dan mengambil iktibar mudah-mudahan kita semua dipelihara Allah,” katanya.
Menerusi khutbah sama, khatib mengingatkan umat Islam supaya segera membayar zakat fitrah pada Ramadan ini.
“Usahlah bertangguh kerana dikhuatiri terlupa untuk menunaikannya. Ambillah peluang pada hari ini untuk pergi ke kaunter-kaunter zakat fitrah,” katanya.
Bagi warga kota yang akan pulang ke kampung, khatib mengingatkan masing-masing supaya menjaga keselamatan sepanjang berada di atas jalan raya, memandu dengan berhemah dan cermat serta bersabar supaya semua selamat sepanjang perjalanan nanti.
Khatib juga mengingatkan, umat Islam melakukan amalan yang terbaik dalam bulan Ramadan dan sentiasa bersyukurlah kepada Allah yang memanjangkan usia kita sehingga di fasa terakhir Ramadan tahun ini.
“Berdoalah agar kita bertemu lagi dengan Ramadan dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT sebelum berakhirnya Ramadan dan bertaubatlah atas segala dosa yang pernah kita lakukan,” katanya. BH
Jangan undang laknat Rasul, kemurkaan Allah
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)
You must be logged in to post a comment.