FDA Mahu Haramkan Rokok Mentol Dan Cerut Berperisa
FDA Mahu Haramkan Rokok Mentol Dan Cerut Berperisa
WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) kelmarin mencadangkan peraturan untuk mengharamkan rokok mentol dan cerut berperisa, lapor stesen penyiaran CNN.
“Cadangan piawan produk ini antara lain akan meningkatkan kesihatan dan mengurangkan risiko kematian perokok mentol atau cerut berperisa dengan mengurangkan penggunaannya secara ketara dan meningkatkan kemungkinan untuk berhenti merokok,’’ kata Pesuruhjaya FDA, Dr. Robert Califf kepada jawatankuasa kecil Senat.
Tambah Califf, usul tersebut adalah satu lagi langkah penting dalam usaha agensi itu untuk memerangi penggunaan tembakau oleh belia dan mempromosikan kesihatan. Cadangan tersebut boleh memberi impak besar kepada kesihatan awam, kata pakar-pakar kesihatan.
“Saya mahu menekankan aspek penting cadangan ini. Peraturan ini akan memberi impak besar untuk menghalang anak-anak muda daripada mula menggunakan tembakau dan menyelamatkan nyawa orang ramai terutamanya daripada pelbagai latar belakang,’’ kata penolong naib presiden advokasi kebangsaan untuk Persatuan Paru-paru AS, Erika Sward.
Mentol adalah isu ekuiti yang dipertimbangkan oleh FDA selama lebih satu dekad. Ia adalah rokok berperisa istimewa terakhir dibenarkan di AS.
Selepas beberapa tahun siasatan FDA dengan bantuan input daripada beribu-ribu badan berkaitan, Pusat Undang-undang Kesihatan Awam dan beberapa kumpulan lain telah memfailkan petisyen rakyat untuk meminta agensi itu melarang mentol dalam rokok.
Kira-kira 18.6 juta penduduk AS menghisap rokok mentol. Jumlah itu adalah kira-kira 36 peratus daripada peratusan semua perokok di negara tersebut, demikian menurut FDA. – Agensi
FDA Mahu Haramkan Rokok Mentol Dan Cerut Berperisa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)