Pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol
Pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol
Hampir 2 juta pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SPRINT akan menerima manfaat daripada sejumlah RM1.96 juta subsidi tol yang akan diberikan pada musim Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazally Saidi berkata, pihaknya menyambut baik seruan kerajaan dan turut sama meraikan sambutan perayaan dengan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus dan 30 peratus untuk pengguna LDP dan Lebuh Raya SPRINT bermula esok hingga 1 Mei, serta pada 7 hingga 8 Mei nanti.
“Inisiatif pemberian diskaun tol ini telah dimulakan sejak tahun 2010, dengan harapan ia akan memanfaatkan pengguna lebuh raya dan dalam masa yang sama merupakan satu platform untuk syarikat konsesi ini bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Syawal setelah negara dua tahun terkesan dengan pandemik.
“Sejak tahun 2010 hingga 2021, LITRAK dan SPRINT telah memberikan hampir RM15.5 juta subsidi tol kepada 22.4 juta pengguna lebuh raya ketika musim perayaan,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sazally berkata, pihaknya berharap menerusi langkah itu juga, dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut Syawal yang tiba.
“LITRAK ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua Muslim dan menasihati pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan yang selamat.
“Kekal selamat dan patuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan,” katanya.
Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara-Selatan. K Online
Pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)
You must be logged in to post a comment.