Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana rasuah

Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana rasuah

YANGON: Sebuah mahkamah di Myanmar, yang kini bawah pemerintahan tentera junta, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Aung San Suu Kyi hari ini selepas dia didapati bersalah dalam kes pertama daripada 11 kes rasuah terhadapnya, menurut sumber.

Pemenang Hadiah Nobel itu, yang memimpin Myanmar selama lima tahun sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa oleh junta pada awal 2021, didakwa atas sekurang-kurangnya 18 kesalahan, yang membawa gabungan hukuman penjara maksimum hampir 190 tahun jika didapati bersalah.



Hakim di ibu negara Myanmar, Naypyitaw, menyampaikan keputusan itu sejurus selepas mahkamah bersidang bagi perbicaraan tertutup, kata sumber.

Kes itu tertumpu kepada dakwaan bahawa Suu Kyi, 76, menerima 11.4kg emas dan bayaran tunai berjumlah USD600,000 daripada anak didiknya yang kemudian menuduhnya, bekas ketua menteri Yangon Phyo Min Thein.

Suu Kyi menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dan menyifatkan dakwaan itu “tidak masuk akal”.

Tidak diketahui sama ada Suu Kyi akan dipindahkan ke penjara.



Dia sedang ditahan di lokasi yang tidak didedahkan, di mana menurut pemimpin junta Min Aung Hlaing, dia boleh kekal selepas sabitan sebelum ini dalam kes lain.

Masyarakat antarabangsa menyifatkan perbicaraan dihadapi Suu Kyi sebagai tidak masuk akal dan menuntut dia dibebaskan segera.

Pihak junta berkata, Suu Kyi dibicarakan kerana dia melakukan jenayah dan menjalani proses sewajarnya oleh badan kehakiman bebas.

Sejak penahanannya pada pagi rampasan kuasa 1 Feb tahun lepas, Suu Kyi didakwa atas pelbagai jenayah, daripada pelanggaran undang-undang pilihan raya dan rahsia negara kepada hasutan dan rasuah, tuduhan yang dikatakan penyokongnya direka untuk memusnahkan sebarang peluangnya muncul semula dalam arena politik. FMT



Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana rasuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui



JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker