Indonesia henti penghantaran minyak sawit



Indonesia henti penghantaran minyak sawit

JAKARTA: Indonesia mengumumkan larangan eksport semua produk minyak sawit berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata produk terbabit adalah minyak sawit mentah, minyak sawit merah, olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), efluen kilang minyak sawit (POME) dan minyak masak terpakai.

Pada Selasa, beliau berkata negara itu akan hanya menghentikan penghantaran olein sawit RBD.

Kerajaan Indonesia akan mengkaji semula dasar itu secara berkala dan ia akan kekal sehingga harga minyak masak domestik turun kepada 14,000 rupiah (RM4.21) seliter.




Negara itu akan mengenakan dasar larangan eksport ke atas semua pengeluar olein sawit RBD dan digunakan pada produk di bawah kod sistem seragam 15119036, 15119037 dan 15119039.

Data Pusat Maklumat Harga Makanan Strategik Nasional Indonesia pada Selasa menunjukkan harga minyak masak pukal berada pada 19,450 rupiah seliter, jatuh 1.52% atau 300 rupiah berbanding Isnin.

Terdahulu, Kementerian Pertanian republik itu dalam surat pekelilingnya kepada gabenor berkata penghantaran minyak sawit mentah (MSM) akan dikecualikan daripada rancangan larangan eksport minyak sawit.

Presiden Joko Widodo pada Jumaat lepas mengumumkan larangan eksport minyak sawit mulai 28 April 2022 sehingga diberitahu kelak bagi memastikan keperluan domestik dipenuhi di tengah-tengah kenaikan harga. FMT

Indonesia henti penghantaran minyak sawit





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi



Leave a Reply

Your email address will not be published.