Susu segar, bayam liar rahsia usia cecah 128 tahun

Dokumen pengenalan identiti Mazibuko menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1894. – Newsflash

JOHANNESBURG – Seorang wanita yang didakwa tertua di dunia, Johanna Mazibuko mendedahkan rahsia bagi panjang umurnya adalah pengambilan susu segar dan bayam liar dalam diet harian, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Penduduk Afrika Selatan itu menyambut ulang tahun ke-128 awal minggu ini, sekali gus memberi gambaran bahawa dia merupakan individu tertua di dunia yang masih hidup.

Semasa menyambut hari jadinya, Mazibuko turut memegang sekeping kertas yang menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1894.

Dia dibesarkan di sebuah ladang jagung di bandar Ottosdal dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.

Mazibuko dibesarkan dengan susu segar dan bayam liar. Walaupun dia kini ada memakan makanan moden, wanita itu masih merindui kesederhanaan zaman kanak-kanaknya.

Keadaan kesihatan Mazibuko pada usia 128 tahun boleh dikatakan baik meskipun bergelut dengan masalah pendengaran.

Ini kerana wanita itu masih kuat untuk bergerak ke hulu dan hilir dalam rumahnya tanpa bantuan.

Mazibuko mempunyai tujuh anak bersama suaminya, Swatana, dan dua daripada mereka masih hidup hingga ke hari ini. Dia juga mempunyai sekitar 50 cucu dan cicit. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker