Pentakrifan semula banjir kilat perlu disegerakan

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mencadangkan agar pentakrifan semula terhadap banjir kilat perlu disegerakan, selain menjadikan ia sebagai bencana alam kerana turut mendorong kepada situasi kemiskinan apabila berlaku krisis atau kerugian secara tiba-tiba.

Beliau berkata demikian susulan beberapa kawasan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sekali lagi mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan trafik yang teruk pada petang Isnin setelah hujan lebat berterusan selama lebih sejam.

“(Justeru), pentakrifan semula terhadap banjir kilat dan menjadikan banjir kilat tergolong sebagai bencana alam perlu disegerakan.



“Ini kerana banjir kilat turut mendorong kepada situasi kemiskinan apabila berlaku krisis atau kerugian secara tiba-tiba,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar bantuan dapat disegerakan kepada mereka yang terkesan, memandangkan perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.

Pada Isnin, media melaporkan keadaan hujan lebat yang berterusan lebih sejam telah menyebabkan beberapa lokasi di ibu kota Kuala Lumpur dinaiki air sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pusat Pengurusan Pengangkutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL) dalam kenyataannya turut berkata, keadaan air naik dengan pantas ditambah dengan paras air sungai yang meningkat secara mendadak.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan



‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker