2 ribu ekor babi ‘ghaib’ di Port Dickson

 

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan undang-undang susulan isu 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya meminta Exco dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) menyiasat perkara itu, selain membuat laporan polis berhubung kejadian.

Katanya, kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain.

“Disebabkan itu kita serahkan pada pihak polis menyiasat bagaimana haiwan itu dipindahkan. Sepatutnya babi itu tidak dipindahkan sehingga JPVNS selesai memeriksa dan mengesahkan kesemuanya selamat daripada jangkitan ASF,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan kepada golongan fakir dan miskin bagi daerah Seremban di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pihak JPVNS juga seharusnya lebih peka kerana mereka ditugaskan untuk memastikan tiada perpindahan haiwan itu keluar dari ladang terbabit.

Pada Ahad, media melaporkan kesemua 2,000 ekor babi yang ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit ASF di kampung berkenaan, dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak itu telah dilupuskan pada 13 April lepas.

Sementara itu, dalam majlis malam ini, Aminuddin berkata, seramai 4,629 fakir dan miskin di negeri ini masing-masing menerima RM700 dan RM500 daripada MAINS, manakala MBI negeri turut menyumbang RM300 sempena perayaan Aidilfitri ini. – Bernama

 

Dapatkan lapo
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/199754/EDISI/NS-akan-ambil-tindakan-undang-undang-isu-babi-hilang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker