Pekerja pasar raya maut kemalangan dengan treler

KEMAMAN: Seorang pekerja pasar raya maut selepas motosikal yang ditunggangnya kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 137, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kijal, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa Nur Qasrina Abdul Kassim, 27, dari Kampung Baru Bukit Teruna, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan selepas tergelincir di bahu jalan yang baru diturap.



Katanya, ketika kejadian mangsa dan treler yang dipandu lelaki berusia 34 itu menghala ke arah sama ke Chukai.

“Mangsa terjatuh selepas motosikalnya terbabas masuk ke laluan treler sebelum dilanggar kenderaan berat berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Hanyan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Pekerja pasar raya maut kemalangan dengan treler



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan



‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker