Pelakon Allahyarham Benjy Selamat Dikebumikan Dan Keluarga Dapat Tonton Guna Panggilan Video

Pelakon Allahyarham Benjy Selamat Dikebumikan Dan Keluarga Dapat Tonton Guna Panggilan Video

JENAZAH Allahyarham Benjy selamat dikebumikan di Tanah Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan, Indonesia, kira-kira pukul 12.34 tengahari waktu Malaysia pada Isnin.

Adik bongsu Allahyarham iaitu Inessa Irdayanty memberitahu dia dan keluarganya dapat menyaksikan proses pengebumian arwah menerusi panggilan video di aplikasi WhatsApp



Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar, Inessa turut berterima kasih kepada Penjara Tanjung Gusta Medan yang menampung kos pengebumian dan semua bantuan melibatkan arwah.

“Alhamdulillah, jenazah Ben telah selesai dikebumikan lebih kurang pukul 12.45 tengahari waktu Malaysia. Kami dapat menyaksikan pengebumian sebagai keluarga melalui panggilan video di Whatsapp daripada penjara.

“Pihak penjara juga memaklumkan kepada kami bahawa mereka menanggung kos pengebumian tersebut.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta Medan atas setiap bantuan dan urusan berkenaan Benjy, ” kata Inessa.

Berita Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma pada Ahad di Hospital Besar Royal Prima, Medan, Indonesia mengejutkan dunia hiburan tanah air.



Arwah menghidap penyakit asma yang kronik sejak beberapa tahun lalu selain turut mengalami masalah berkaitan paru-paru dan sering mendapatkan rawatan di hospital sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Inessa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berbesar hati ingin menderma bagi membantu kos bayaran pengebumian Allahyarham.



Menurut Inessa, sesiapa yang berhasrat menghulurkan derma boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya kepada pertubuhan amal pilihan atas nama arwah Benjy

“Jika anda masih berhasrat untuk derma, saya harap anda derma di pertubuhan amal pilihan anda atas nama Ben dan juga sedekahkan Al-Fatihah.

“Kami nak berterima kasih lagi sekali kepada setiap pihak, individu, organisasi dan netizen atas doa serta ucapan takziah yang dikirimkan, ” ujarnya.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diwakili Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut berkesempatan menyaksikan proses pengkebumian Benjy menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anak Allahyarham.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” kata Hafiz lagi.



Pada Ahad Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun di sebuah hospital di Medan.

Berita duka pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” kata Khairil Anwar menerusi kiriman mesej

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.



Anak sulung kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.-mSTAR



Pelakon Allahyarham Benjy Selamat Dikebumikan Dan Keluarga Dapat Tonton Guna Panggilan Video


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Arwah Benjy pesan dikebumikan di Medan

Benjy Menghembus Nafas Terakhir Di Medan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker