KL dilanda banjir kilat lagi, orang ramai tanya mana langkah mitigasi
KL dilanda banjir kilat lagi, orang ramai tanya mana langkah mitigasi
Kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus berhenti membuat slogan sebaliknya melakukan sesuatu yang berkesan untuk menangani banjir yang kerap berlaku di bandar ini, kata Save KL Coalition (SKL).
Pengerusinya, M Ali bertanya sama ada DBKL sememangnya membuat kajian mengenai mitigasi banjir seperti yang didakwanya.
Semalam, beberapa kawasan di Kuala Lumpur, termasuk Jalan Travers, Jalan Kuching dan Jalan Ampang, ditenggelami banjir.
Merujuk kepada laporan berita tentang DBKL menjalankan kajian untuk mengurangkan atau menangani banjir kilat di Kuala Lumpur dari 2020 hingga 2022, Ali bertanya: “Jika mereka telah buat kajian mengenai pencegahan banjir, mengapa tidak memuat naiknya di laman sesawang DBKL untuk dikongsi dengan orang ramai?
Lagipun katanya, DBKL menggunakan dana awam untuk menjalankan kajian dan mengambil langkah mitigasi.
“Malah pada taklimat beberapa tahun lepas mengenai inisiatif mitigasi banjir di tapak Taman Tasik Perdana KL, kami bertanya sama ada inisiatif itu akan merangkumi jalan-jalan dari Jalan Travers ke Jalan Rakyat atau Jalan Mahameru, tetapi kami dimaklumkan ia berada di luar skop pelan itu,” katanya.
Kerajaan sentiasa berslogan tentang “ketelusan” dan “keterbukaan”, katanya, “tetapi berslogan tidak cukup, mesti ada hasil yang boleh disampaikan.”
Beliau berkata, DBKL perlu berfikir secara serius untuk mengadakan libat urus berterusan dengan orang ramai.
Sementara itu, orang ramai menerusi media sosial mempersoalkan DBKL mengenai dakwaan kajian yang dijalankan untuk mengurangkan atau menangani banjir kilat di Kuala Lumpur.
Pengguna Twitter, @iamkanahraf mempersoalkan kemajuan mesyuarat untuk menaik taraf sistem amaran dan mitigasi banjir yang disebut oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias pada Mac.
Sementara itu, @blurredfrank berkata, banjir kilat makin kerap berlaku, tetapi DBKL tidak berbuat apa-apa untuk mencegahnya.
“Adakah DBKL tak akan ambil tindakan berhubung banjir sebegini?” soal @bijubtrbjokin. FMT
KL dilanda banjir kilat lagi, orang ramai tanya mana langkah mitigasi
Baca Artikel Menarik:
- Ku Li jumpa Amanah Kelantan, ada kerjasama PRU15?
- ‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib
- Saiful Bukhari keluar Bersatu
- Kad debit Maybank tak boleh digunakan sementara
- Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar
- Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
- Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril
- Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
- Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash
- ASP wanita dikecam buat ‘live’ TikTok masa serbuan
- Guan Eng bidas SPRM siasat Nazlan, tapi bukan Azam
- Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan
You must be logged in to post a comment.