Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah

Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah

Kulai: Pelajar perempuan berusia 17 tahun nyaris maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan sekolah, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima panggilan daripada guru lelaki memaklumkan insiden itu jam 1.26 tengah hari.

Katanya, susulan itu, pegawai bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai ke lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku selepas pelajar Tingkatan Lima itu selesai ujian peperiksaan. Dia pergi ke koridor bangunan sekolah tingkat empat sebelum bertindak terjun dari bangunan itu.

“Ketinggian bangunan dianggarkan kira-kira 40 meter.

“Pihak sekolah menghubungi ambulans dan pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pelajar perempuan itu mengalami pendarahan di kepala dan muka.

“Kedua-dua tangannya turut patah, selain mengalami kecederaan dalaman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. HM

Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker