Rina tak mampu kerja – Hannah Yeoh

Rina tak mampu kerja – Hannah Yeoh

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan membuktikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun tidak mampu bekerja.

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu merujuk jawatankuasa baharu bagi melindungi kebajikan golongan rentan, khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya, wanita dan warga emas, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sendiri.



“Kalau ada jawatankuasa baharu perlu ditubuhkan seperti ini menunjukkan menteri wanita (Rina) tak buat kerja saya rasa, kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memang tanggungjawab mereka untuk jaga golongan rentan kerana ia ada dalam skop kementerian itu.

“Kedua, yang paling penting, kalau perdana menteri kata nak selesaikan masalah kanak-kanak, ia perlu mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, khususnya melibatkan isu warganegara, kanak-kanak dan sebagainya.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama Persatuan Anak Jati Penchala di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata, jawatankuasa khas itu akan memastikan semua pusat jagaan diurus mengikut prosedur dan peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, selain meneliti isu berkaitan ketiadaan dokumen pengenalan diri yang boleh menjejaskan masa depan kanak-kanak terlibat dan akta lapuk yang perlu dipinda.



Dalam perkembangan lain, Yeoh berkata, kes membabitkan remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella berlaku bukan kerana negara tidak mempunyai undang-undang mencukupi, sebaliknya kekurangan penguatkuasaan.

“Kalau lihat kes Bella menunjukkan bukan tak cukup undang-undang, tapi kita sebenarnya sudah ada Akta Kanak-kanak, isunya kita selalunya kekurangan penguatkuasaan yang buat pemantauan di rumah-rumah kebajikan, rumah yang menjaga kanak-kanak.”

Katanya, data menunjukkan negara hanya mempunyai hampir 200 pelindung bagi kira-kira sembilan juta kanak-kanak.

“Sebenarnya, untuk populasi kanak-kanak seperti ini, kita perlukan paling kurang 1,500 pelindung kanak-kanak, kalau lihat kepada jumlah sekarang jurangnya sangat besar.”



Sehubungan itu, beliau mencadangkan agensi kanak-kanak turut diwujudkan.

“Kalau nak perkasa lagi hak kanak-kanak, isu kekurangan pelindung kanak-kanak perlu diselesaikan dan mewujudkan agensi kanak-kanak. Selagi tak wujud agensi kanak-kanak, tidak tambah pelindung kanak-kanak, banyak lagi isu seperti kes Bella akan berlaku,” katanya. FMT

Rina tak mampu kerja – Hannah Yeoh


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker