PASLeaks: Siasat sahih atau palsu – Razlan

PASLeaks: Siasat sahih atau palsu – Razlan

Seorang pemimpin Umno menggesa parti itu menyiasat sama ada benar atau tidak dokumen PAS yang bocor berkaitan konspirasi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata, sekiranya dokumen itu tidak benar, perlu ada penafian daripada semua pihak terlibat.

“PAS kena beri penjelasan. Ini libatkan nama besar-besar.

“Sebab sebelum ini ada mengatakan untuk lemahkan Umno perlu letak kesalahan kepada Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak,” katanya kepada FMT.

Dokumen bocor itu dikatakan “minit mesyuarat” PAS yang didakwa menyebut rancangan untuk menjatuhkan Umno dan BN.

Beberapa pemimpin terkenal dikaitkan dengan dakwaan plot itu, termasuk Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan pemimpin Bersatu, Azmin Ali serta Hamzah Zainudin.

Samsuri dilapor menafikan wujudnya pakatan untuk menjatuhkan pemimpin Umno dan menyifatkan dokumen ditularkan itu sebagai “sampah”.

Sementara itu, seorang lagi Ahli MKT Umno, Mohd Fathul Bari Mat Jahya mengambil pendekatan bersangka baik berhubung dokumen PAS yang bocor itu.

“PAS kata tak betul tak apalah. Kita takut betul. Tuan badan kata tak betul, kita bersyukur.

“Kita bersangka baik saja. Parti juga perlu mengambil serius gerak kerja seperti ini kerana perosak dari dalaman adalah masalah besar.” FMT

PASLeaks: Siasat sahih atau palsu – Razlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker