Juala Shopee 11.11 catat pesanan 10 kali ganda

Shopee berjaya mencipta impak besar di 11.11 Jualan Hebat, menepati visinya untuk menjadikan e-dagang untuk semua.

Dikuasai oleh sokongan padu daripada pengguna dan perniagaan di setiap daripada tujuh pasarannya, Shopee menyaksikan momentum jualan kukuh sepanjang hari, seterusnya mempertingkatkan perniagaan di rantau ini di samping membawa keseronokan kepada pengguna.

Di rantau ini, para penjual yang mengambil bahagian dalam 11.11 Jualan Hebat buat kali pertama menyaksikan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa, dengan Shopee membuka peluang baharu untuk usahawan dan PKS.

Para pengguna berkumpul di Shopee sepanjang tempoh 11.11 Jualan Hebat diadakan untuk membeli-belah, bermain, dan menjalin interaksi yang bermakna. Lebih daripada 20 juta jam penstriman langsung ditonton di Shopee Live, manakala permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan lebih daripada 2.5 bilion kali.



Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami berasa amat bersyukur dengan sokongan padu yang ditunjukkan semasa 11.11 Jualan Hebat; kejayaannya mencerminkan pertumbuhan e-dagang yang berterusan di rantau ini dan peluang luas yang ditawarkan kepada perniagaan dan pembeli.

Acara membeli-belah seperti 11.11 Jualan Hebat juga membolehkan kami mencabar batas inovasi, memperkenalkan ciri dan inisiatif baharu untuk memperkasakan dan menjadi pemboleh kepada jenama, peruncit dan penjual ketika mereka merancakkan usaha ke arah pemulihan dalam keadaan ekonomi semasa.” SM

Felda, Shopee mahu lahirkan 1,000 jutawan e-dagang dalam masa 5 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker