Tiada rancangan perkenal semula GST – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada sebarang keputusan yang akan diambil berkenaan kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam keadaan pandemik COVID-19 dan sehingga keadaan ekonomi pulih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata keutamaan pada masa ini adalah menyokong usaha memerangi penularan COVID-19, melindungi rakyat dan menyokong perniagaan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan sedang menjalankan kajian dan mendapatkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan mengenai kesesuaian untuk melaksanakan apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang, serta kelemahan sistem GST terdahulu.

“Kajian ini akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

“Sebarang sistem cukai, sama ada ditambah baik atau baharu, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini,

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ling Chai Yew (PH-DAP) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengembalikan sistem cukai GST serta kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah dan impak terhadap ekonomi negara.

Bersatu sertai MN: UMNO dengar pandangan akar umbi, netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker