709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd terima pampasan RM8.6 juta – PM
709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd terima pampasan RM8.6 juta – PM
CHUKAI: Seramai 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd menerima pampasan selepas perkhidmatan mereka ditamatkan pada November 2014.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka akan menerima pampasan antara RM3,000 hingga RM21,000 seorang.
“Hari ini kesemua 709 bekas pekerja Perwaja Steel akan mendapat pampasan setelah ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.
“Setelah tujuh tahun pekerja menuntut hak mereka, kes dibicarakan di mahkamah akhirnya diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta hari ini.
“Bekas pekerja akan menerima cek yang boleh terus digunakan yang jumlahnya antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian pampasan bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman di sini pada Ahad.
Ismail Sabri percaya pampasan berkenaan merupakan hadiah untuk menyambut perayaan Aidilfitri pada 3 Mei ini.
Untuk rekod, Perwaja yang ditubuhkan di bawah Dasar Perindustrian Berat Negara pada 1982 beberapa kali bertukar pemilikan dengan dilanda pelbagai masalah termasuk masalah kewangan sehingga operasinya terpaksa ditutup pada November 2014.-AA
709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd terima pampasan RM8.6 juta – PM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.