Tol lebuh raya percuma jika kesesakan lebih 1 km

JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan pembayaran tol lebuh raya akan menjadi percuma sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer (km) semasa mudik lebaran tidak lama lagi.

Menurut laporan laman berita Suara, Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi mengesahkan hal itu bagi memastikan perkhidmatan tol dilaksanakan ke tahap maksimum semasa sambutan Aidilfitri.

“Jika kesesakan di gerbang tol melebihi satu kilometer maka ia tidak perlu dibayar, automatik jadi percuma.



“Ini bagi mengelak kesesakan berlanjutan bagi tempoh yang lama,” jelas Budi.

Bagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial dilihat seperti kurang percaya dengan jaminan itu dan dianggap sebagai strategi pemasaran semata-mata.

“Adakah jaminan ini boleh dipercayai dan bukah sekadar khabar angin?” komen seorang pengguna media sosial.

“Kita setuju sahaja sekarang dan lihat apa yang berlaku di hari kejadian,” tulis seorang lagi. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker