Ringgit kekal teguh, inflasi terkawal

PUTRAJAYA – Aktiviti dalam pasaran mata wang ringgit kekal teguh dengan setakat ini purata dagangan tukaran asing dalam pesisir harian ialah USD12.6 bilion berbanding USD11.3 bilion tahun lalu iaitu purata turun naik 3.9 peratus (purata 2021: 4.6 peratus).

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, nilai ringgit yang fleksibel akan terus memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dengan memudahkan pelarasan sektor luaran yang bersesuaian dan melindungi ekonomi domestik daripada kejutan global yang memberi kesan negatif.

“Kedudukan luaran Malaysia yang kukuh, termasuk lebihan akaun semasa yang baik dan kedudukan pemiutang luaran bersih telah meningkatkan keupayaan negara dengan ketara untuk bertahan daripada ketidaktentuan dan kejutan luaran tersebut.

“Tambahan pula, asas-asas Malaysia kekal teguh seperti ditunjukkan oleh pertumbuhan dan daya saing eksport yang konsisten, rizab antarabangsa mencukupi serta trajektori inflasi rendah berbanding negara di rantau ini. Kesemua ini dijangka dapat terus menampan penurunan ringgit,” ujar kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu, oleh kerana Malaysia mempunyai sebuah ekonomi terbuka dengan kadar pertukaran mata wang yang ditentukan pasaran, pergerakan turun naik nilai ringgit dipengaruhi oleh kedua-dua faktor global dan domestik.

“Antara faktor tersebut adalah perubahan dalam sentimen pelabur, landasan pemulihan pandemik dan dasar normalisasi dalam kalangan negara ekonomi maju. Penyusutan nilai ringgit secara umumnya turut mengikuti jejak penyusutan mata wang utama dan serantau.

“Prospek mengetatkan dasar monetari secara lebih agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) dengan kenaikan kadar 50 mata asas dijangka dilaksanakan pada Mei serta kelemahan keseluruhan mata wang di rantau ini merupakan sebahagian faktor turut mempengaruhi pergerakan nilai ringgit baru-baru ini,” katanya.

Perkara itu dapat dilihat menerusi kejatuhan mata wang Yuan yang mempunyai hubung kait positif dengan ringgit kerana China merupakan salah satu daripada rakan dagang utama Malaysia.

Tambahan pula, ringgit seperti mata wang asing Asia yang lain turut dipengaruhi oleh pengurangan kecairan global oleh Fed AS.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menyebut, bagi Malaysia, dasar kawalan harga yang dikenakan oleh kerajaan serta subsidi diperuntukkan untuk petroleum RON95 dan pelbagai barangan makanan akan melindungi rakyat daripada sebarang implikasi tekanan inflasi.

“Kadar inflasi Malaysia tahun ini dijangka berada antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus (2021: 2.5 peratus) iaitu lebih rendah berbanding negara lain dalam ASEAN. Jangkaan ini juga sejajar dengan unjuran oleh IMF. (Malaysia 3.0 peratus jangkaan inflasi 2022).

“Ia disokong oleh pengumuman Jabatan Perangkaan baru-baru ini mengenai kadar inflasi bagi Mac 2022 kekal pada kadar sama dengan Februari iaitu 2.2 peratus,” jelasnya.

Melangkah ke hadapan, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi Negara.

“Ini termasuk ketegangan geopolitik baru-baru ini dan bagaimana ia akan menjejaskan rantaian bekalan global yang mungkin memberi tekanan inflasi lebih tinggi serta meningkatkan ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing serta pasaran kewangan di Malaysia.

“BNM akan terus mengukuhkan kelancaran operasi pasaran pertukaran asing tempatan dengan sentiasa memastikan kecairan yang mencukupi serta memastikan perniagaan boleh merancang dan menjalankan aktiviti perdagangan serta transaksi pelaburan dengan lebih yakin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker