Richard Branson, Stephen Fry gesa Singapura beri pengampunan kepada Nagaenthran
Richard Branson, Stephen Fry gesa Singapura beri pengampunan kepada Nagaenthran
Usahawan terkemuka, Richard Branson dan aktor, Stephen Fry, menggesa kerajaan Singapura menyelamatkan nyawa Nagaenthran K Dharmalingam, yang dijadual digantung di negara itu minggu depan, susulan sabitan kesalahan menyeludup dadah.
Dalam klip berdurasi satu minit 20 saat di Twitter, Branson dan Fry, menyeru Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, memberikan pengampunan terhadap Nagaenthran.
“Hanya pengampunan presiden mampu menghentikan pelaksanaan hukuman mati dan saya menyertai ramai lagi di seluruh dunia menggesa anda menggunakan kuasa memberikan pengampunan kepadanya,” kata Branson.
Beliau berkata, Singapura sentiasa di hadapan membabitkan hak asasi golongan kurang upaya dan jaguh membela golongan itu dalam masyarakat.
“Tiada seorang pun golongan kurang upaya dilayan seperti ini. Puan presiden, perdana menteri, dengan semua mata tertumpu kepada Singapura, nyawa Nagaenthran berada di tangan anda,” katanya.
Dalam pada itu, Fry berkata, rakyat Malaysia itu tidak sepatutnya mati dan pelaksanaan hukuman mati kelak akan menjejaskan banyak lagi komitmen negara itu.
“Ia mengundang risiko besar terhadap reputasi negara anda di dunia, termasuk reputasi dalam dunia perniagaan,” katanya.
Katanya, Nagaenthran hidup dengan kurang upaya dari segi intelektual, seperti ditakrifkan mengikut undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
“Keadaan mentalnya semakin buruk susulan berada dalam tahanan lebih daripada sedekad. Atas nama belah ihsan dan kasihan, berikanlah kepadanya pengampunan,” katanya.
Nagaenthran, 34, dari Perak, dikatakan mempunyai kadar IQ sebanyak 69, kadar yang dianggap sebagai kurang upaya. Lelaki berkenaan berdepan hukuman mati, sejak 2010, susulan didapati menyeludup 42.7g heroin ke negara berkenaan, setahun sebelum itu.
Satu himpunan menyokong Nagaenthran akan diadakan di luar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, di Kuala Lumpur, pada 4 petang, esok. FMT
Richard Branson, Stephen Fry gesa Singapura beri pengampunan kepada Nagaenthran
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET