Jual emas RM50,000 dalam dua jam

Jual emas RM50,000 dalam dua jam

Peniaga emas di seluruh negara kini tidak menang tangan melayan pelanggan sejak hujung minggu lalu meskipun harga emas semasa melebihi RM250 segram.

Kunjungan luar biasa orang ramai ke premis menjual barang kemas itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berbaki dua ming­gu lagi selain pengeluaran wang RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula dikreditkan ke dalam akaun pemohon sejak kelmarin.

Di Kota Bharu, pemilik Mah Kampong Kito, Farisha Najwa Rosli, 27, berkata, premisnya mencatatkan jualan lebih RM50,000 dalam masa dua jam selepas dibuka pada pukul 10 pagi semalam.

“Kami menjangkakan ramai pelanggan yang menjual emas kerana harganya tinggi, namun keadaan sebaliknya pula berlaku apabila pembelian barang kemas meningkat.

“Selain Pengeluaran Khas KWSP, cuti umum sempena Nuzul al-Quran digunakan orang Kelantan dari daerah lain untuk berkunjung ke sini hari ini (semalam) bagi membeli emas,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurut Farisha, kebanyakan pelanggan yang datang ke premisnya membeli gelang ta­ngan dan rantai leher rekaan terbaharu berbentuk bulat iaitu boba.

Wanita itu menjangkakan bilangan pelanggan akan terus meningkat saat-saat akhir menjelang Aidilfitri bulan depan.

Sementara itu, seorang pe­langgan, Farah Izzatie Maadin, 29, berkata, dia membelanjakan RM3,000 untuk membeli dua utas rantai leher termasuk dihadiahkan kepada adiknya sempena Syawal.

Di Kuala Terengganu, rangkaian kedai emas di Pasar Besar Kedai Payang yang sebelum ini lengang kembali meriah terutama pada cuti umum semalam.

Pengusaha emas, Nursheila Majid memberitahu, premisnya mula dikerumuni pelanggan sebaik dibuka pada pukul 9 pagi dan kebanyakan mereka membeli emas selain berminat untuk me­ngetahui rekaan terbaharu.

“Keadaan ini berbeza kerana sebelum ini kurang pelanggan disebabkan harga emas tinggi sehingga kami terpaksa tutup operasi pukul 2 petang,” katanya.

Situasi sama turut berlaku di Shah Alam apabila tinjauan di Kedai Emas Sri Tanah Merah, Seksyen 7 semalam mendapati orang ramai tidak putus-putus berkunjung ke premis itu sejak pukul 10 pagi.

Orang ramai membanjiri kedai emas Sri Tanah Merah Seksyen 7, Shah Alam semalam.

Seorang pekerja swasta, Norhasikin Ahmad Nordin, 33, berkata, dia menggunakan sebahagian wang pengeluaran KWSP untuk membeli emas sebagai aset.

“Tahun lepas saya menggunakan wang KWSP untuk beli rumah. Hari ini (semalam) saya membeli rantai leher, gelang ta­ngan dan kaki pula,” katanya.

Dilaporkan kedai emas dijangka diserbu orang ramai yang ingin membuat pembelian menggunakan wang KWSP yang mula dikreditkan bermula Isnin. K Online

Jual emas RM50,000 dalam dua jam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker