Demi Palestin: Masjid, surau Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah

Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat Subuh, solat Jumaat serta solat sunat witir Tarawih sepanjang Ramadan bermula malam ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Qunut Nazilah ini bertujuan mendoakan kesejahteraan dan keamanan di bumi Palestin khususnya dan di Malaysia amnya.

Katanya, ia susulan saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melaksanakan bacaan Qunut Nazilah berikutan tragedi pencerobohan yang berterusan ke atas Masjid al-Aqsa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di bulan Ramadan yang mulia adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyatan.

Bermula semalam, tiga masjid utama membabitkan Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat sunat witir setiap malam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff memaklumkan ia adalah inisiatifnya khusus untuk keselamatan dan keamanan buat umat Islam di Palestin yang kini berdepan konflik.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker