Peguam menantu Muhyiddin tampil nafikan

Peguam menantu Muhyiddin tampil nafikan

Menantu pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa dia melarikan diri, sebaliknya mendakwa meninggalkan negara ini secara sah.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Muhammad Adlan Berhan menjawab kenyataan akhbar yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7 Ogos lalu, yang memaklumkan agensi itu sedang mengesan lelaki berusia 48 tahun itu serta Mansoor Saat, 69.



Adlan berkahwin dengan Nabilah, anak kedua Muhyiddin.

“Kenyataan akhbar itu setakat ini bertujuan untuk memberikan tanggapan bahawa anak guam kami adalah seorang pelarian yang melarikan diri, anak guam kami menolak sama sekali, tohmahan sedemikian.

“Anak guam kami, seperti mana-mana warganegara Malaysia yang bebas, mempunyai hak untuk bergerak dan melancong, termasuk ke luar negara, dan lebih-lebih lagi untuk menjalankan perniagaannya di mana-mana tempat di dunia.

“Penggunaan hak ini oleh anak guam kami tidak boleh ditafsirkan atau diselewengkan sebagai percubaan untuk mengelak atau menghalang siasatan.



“Anak guam kami menyatakan bahawa sebelum dia meninggalkan Malaysia secara sah, dia: tidak pernah ditangkap; (dan) tidak pernah dipanggil oleh SPRM untuk perjumpaan atau untuk membantu dalam apa-apa jenis siasatan,” kata peguam Adlan, Baljit Singh Sidhu. Mk

Peguam menantu Muhyiddin tampil nafikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker