Pencuri maut kemalangan selepas larikan kereta warga emas
AUSTIN, Texas – Seorang lelaki menerima balasan setimpal apabila maut dalam kemalangan sejurus selepas mencuri sebuah kereta milik seorang warga emas, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.
Suspek itu dilaporkan menumbuk mangsa, Shirlene Hernandez, 72, ketika wanita itu berhenti di sebuah stesen minyak sebelum melarikan keretanya.
Tidak lama selepas kejadian itu, pihak polis menemui kereta Hernandez dalam keadaan remuk dengan pencuri tersebut kaku di tempat duduk pemandu.
“Ramai yang berkata bahawa apa yang berlaku adalah lelaki itu mendapat balasan selepas melakukan kejahatan pada diri saya, namun sejujurnya, saya sedih kerana dia mati dalam keadaan menyedihkan seperti itu.
“Kini saya perlu mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan kereta baharu kerana saya tidak mahu berhenti bekerja,”kata Hernandez.
Penduduk tempatan dan cucu Hernandez, Helen Garcia telah mewujudkan halaman derma awam atau crowdfunding di laman web GoFundMe untuk membantu neneknya mengumpul dana bagi membeli kereta ganti.
Menjelang pagi semalam, derma yang dikumpulkan telah melebihi AS$23,000 (RM98,325) walaupun sasaran awal cuma AS$5,000 (RM21,375). – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah
- Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri
- Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella
- Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA
- Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana
- Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka
- Pengetua sekolah bertunang dengan murid
- Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun
- Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal
- Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]
- Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang
- Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menantu baru tak bangsat – Chef Wan
You must be logged in to post a comment.