Resepi Puding Roti Marble Bikin Terliur

Resepi Puding Roti Marble Bikin Terliur

ALANGKAH seronoknya hari ini jika dapat berbuka dengan pemanis mulut puding roti.

Membayangkan teksturnya yang lembut bersama rasa yang manis cukup menggiurkan.



Kali ini dikongsikan satu resipi pemanis mulut iaitu Puding Roti Marble yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Yusma Mustafa.

Resepi yang dikongsikan agak sedikit berbeza berbanding kebanyakan resipi puding roti lain.

Nak tahu apa yang lain? Jom lihat senarai bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan



5 keping roti (sisi roti dibuang)
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan gula
2 biji telur
20 gram agar-agar tali
1 liter air
2 sudu besar mentega
Pewarna merah, hijau, kuning (pilihan)
Baca juga: Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Wajib Cuba Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos

Cara penyediaan

1) Kisar susu cair, susu pekat, telur dan roti.
2) Panaskan kuali dan masak agar-agar bersama gula sehingga larut kemudian tapis.
3) Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan mentega ke dalam agar-agar kemudian masak lagi sehingga mendidih dan tekstur berubah menjadi sedikit pekat.
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang digemari.
5) Seterusnya, tuangkan bancuhan selapis demi selapis ke dalam loyang dan pastikan lapisan agak keras barulah lapisan seterusnya dimasukkan.
6) Kemudian, simpan adunan ke dalam peti sejuk sehingga agar menjadi bertukar pejal.
7) Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja bukan? Hanya kisar semua bahan dan masak dengan agar-agar, siap!



Jadi, apa tunggu lagi, jom cuba buat sebagai juadah berbuka pada petang ini!
Selamat mencuba!

Resepi Yusma Mustafa

Resepi Puding Roti Marble Bikin Terliur


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker