Murid asnaf terima barangan sumbangan Aidilfitri hampir luput

Murid asnaf terima barangan sumbangan Aidilfitri hampir luput

Ibu bapa sebuah sekolah rendah di Bangi kecewa apabila sumbangan Aidilfitri terdiri daripada makanan kering yang diberikan kepada murid asnaf sekolah itu hampir tamat tarikh luput.

Penjaga hanya mahu dikenali Fahmi berkata, beliau terkejut apabila ibu bapa murid asnaf dari kelas anaknya berkongsi gambar makanan kering akan tamat tarikh luput pada 29 April ini.



“Saya sedih melihat sumbangan yang diterima mereka. Sepatutnya pihak sekolah lebih peka barang apa yang perlu diberi. Bukan hanya terima sahaja barangan yang mereka dapat dan terus beri kepada murid.

“Sumbangan Aidilfitri tetapi bagi mi segera, mentega yang tak pernah kita tahu kewujudan jenamanya dan hampir kesemua barangan kering itu dari Indonesia,” katanya kepada FMT.

“Bagilah kuih raya atau sumbangan wang tunai. Itu lebih sesuai kalau nak bagi untuk sumbangan raya,” tambahnya.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan derma dalam kalangan murid yang dimaklumkan oleh pengurusan sekolah bagi tujuan membantu murid asnaf menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.



Beliau yang hampa dengan situasi itu berkata, walaupun anaknya bukan penerima sumbangan itu, namun pihak sekolah tidak boleh mengambil mudah isu berkenaan.

“Inikah makanan yang nak kita beri kepada anak-anak kita? Pihak sekolah melarang membawa makanan yang tidak berkhasiat, tetapi yang ini jugalah diberikan kepada murid asnaf,” keluhnya.


Antara barangan diberikan kepada murid asnaf adalah susu kotak, mi segera, mentega dan biskut pelbagai perisa dari Indonesia.

Menurut gambar dikongsikan penjaga berkenaan kepada FMT, antara barangan diberikan kepada murid asnaf adalah susu kotak, mi segera, mentega dan biskut pelbagai perisa dari Indonesia.



Sementara itu, seorang guru kanan sekolah berkenaan ketika dihubungi FMT menjelaskan sumbangan itu adalah daripada individu yang enggan dikenali, bukan daripada dana yang dikutip daripada murid sekolah.

Guru berkenaan memaklumkan pihaknya mendapat bekalan sumbangan itu Sabtu lepas dan hanya diagihkan kepada murid asnaf pada cuti umum Nuzul al-Quran Selasa lalu.

“Ya memang ada saya jumpa yang hampir tamat tarikh luput dan memang benar barangan itu dari negara jiran (Indonesia) kerana penderma itu adalah individu dari negara berkenaan,” katanya selain menambah bahawa setiap murid asnaf turut menerima sumbangan beras 5kg selain barangan kering lain.

Dalam pada itu beliau berkata, hasil kutipan derma dalam kalangan murid dan penjaga yang kini sudah mencecah RM6,000 akan diagihkan kepada murid asnaf dalam satu majlis khas pada 27 April ini. FMT



Murid asnaf terima barangan sumbangan Aidilfitri hampir luput


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura



Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker