Juadah paling ‘berhantu’ di bulan Ramadan

Juadah paling ‘berhantu’ di bulan Ramadan

Walaupun ada rakyat negara lain yang mempertikaikannya, namun, kita sebagai warganegara sedia maklum Malaysia adalah syurga makanan.
Dari Perlis sampailah ke Sabah, ada pelbagai jenis juadah, banyak juga yang hanya boleh ditemui di Malaysia, tiada di negara lain.

Dan apabila tibanya Ramadan, kadangkala semua juadah itu ‘berhimpun’ di bazar Ramadan.

Bagaimanapun, di sebalik kedudukan Malaysia sebagai syurga makanan. realitinya ada beberapa jenis makanan yang dijual setiap hari dan setiap masa, namun, apabila masuk saja Ramadan, kemasyhuran makanan itu menyebabkan juadah itu amat laku sekali.



Disenaraikan antara makanan yang begitu tinggi permintaannya pada bulan mulia ini.

1. Nasi Arab Chef Ammar

Lihat sajalah fenomenanya baru-baru ini, ada sahaja cerita mengenai Chef Ammar dan juadah yang dijualnya di Shah Alam.

Walaupun ada beberapa cerita negatif mengenainya namun itu tidak menghalang orang ramai untuk terus beratur panjang.



Ada yang beratur seawal jam 2.30 petang semata-mata untuk mendapatkan Nasi Arab hasil tangan Chef Ammar yang menerima sambutan begitu hangat pada tahun ini.

Chef Ammar bukan berniaga pada bulan Ramadan sahaja, bulan lain pun ada juga namun penangan Nasi Arabnya dalam bulan ini memang luar biasa.

2. Roti John

Berevolusi dari tahun ke tahun, ada sahaja resipi baharu, inti baharu yang diketengahkan peniaga.



Semuanya bagi menarik perhatian pelanggan kerana biasanya, Roti John menerima permintaan tinggi pada bulan Ramadan.

Ada Roti John daging, ayam, kambing, ada juga yang buat ‘ayam crispy’, ‘meatball’ pun ada tapi menariknya, di Bazar Ramadanlah kemeriahan peniaga menjual Roti John boleh kelihatan.

Habis saja puasa, susah juga nak cari peniaga yang menjual Roti John.

3. Martabak

Kalau pergi ke restoran India Muslim, pesan saja martabak, pasti mereka boleh sediakannya.

Di pasar pagi, pasar malam pun ada juga orang yang berniaga martabak tapi tidaklah begitu hebat sambutannya pada bulan-bulan lain.

Namun, tiba saja Ramadan, entah kenapa sambutan orang ramai sangat luar biasa, bahkan, ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan juadah itu.

4. Kuih Limas, tepung pelita

Tak tahulah kenapa (mungkin orang lain juga rasa perkara sama), rasa kuih limas, tako atau tepung pelita ini begitu sedap pada bulan Ramadan.

Setiap kali nampak, pasti rasa nak beli tapi sebelum-sebelum ini – ketika bukan Ramadan – tidak terasa nak beli atau nak makan pun.
Berbuka puasa dengan kemanisan dan lemak masin kuih tersebut benar-benar membangkitkan selera.

Adakah kuih ini boleh dipilih sebagai kuih yang paling ‘berhantu’ ketika Ramadan?

5. Ayam percik

Ayam percik merupakan satu lagi juadah yang rasanya sedap luar biasa ketika Ramadan (walaupun rasanya sama sahaja sebelum ini).

Harga kian meningkat, terutamanya tahun ini namun tidak menghalang pencinta ayam percik untuk membelinya sebagai juadah berbuka puasa.

Kadangkala, asap dari ayam yang dipanggang itu pun sudah mampu menarik orang untuk membeli dan jika rasanya sedap, pasti lebih ramai akan terikat.

Begitulah hebatnya penangan ayam percik!

Juadah paling ‘berhantu’ di bulan Ramadan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker