Bagaimana reaksi Muslim terhadap penghinaan Rasulullah SAW

Bagaimanakah reaksi seorang Muslim terhadap penghinaan dan tindakan mempersendakan Islam yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Secara dasar dan prinsipnya, tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu Muslim terhadap sesuatu isu yang berbangkit adalah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah untuk mendapatkan solusi. Kita perlu yakin bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah petunjuk sebenar bagi umat manusia dan umat Islam.

Seterusnya, untuk menghadapi kedurjanaan mereka yang menghina Rasulullah s.a.w., umat Islam perlu menggerakkan dua pelan strategik; satu bersifat jangka pendek dan satu lagi bersifat jangka sederhana. Pelan strategik jangka pendek merangkumi beberapa langkah.



Langkah pertama, setiap Muslim wajib berasa marah dan benci terhadap perbuatan terkutuk menghina Rasulullah s.a.w. melalui karikatur. Ini merupakan tanggungjawab setiap seorang daripada masyarakat Muslim. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman”. (HR Muslim)

Langkah kedua, individu Muslim yang mampu memberi penjelasan tentang kedurjanaan perbuatan menghina Rasulullah s.a.w., wajib memberi penjelasan dan penerangan.

Pelbagai medium boleh digunakan seperti forum perdana, ceramah, buku, majalah penulisan di internet atau lain-lain yang dianggap sesuai. Ini merupakan tanggungjawab para ilmuwan dan pihak-pihak yang berautoriti.



Persatuan-persatuan Islam juga wajar bergabung tenaga. Antara usaha yang boleh dibuat dalam langkah ini adalah menyediakan poster-poster dan pamflet serta risalah kecil yang menceritakan hakikat sebenar Rasulullah s.a.w. dan mesej yang Baginda bawa. Sebaran hendaklah dilakukan secara besar-besaran.

Langkah ketiga, pihak yang mampu mengekang penyebaran gambar-gambar terkutuk ini mestilah menghalangnya. Ini pula merupakan tanggungjawab pihak berautoriti kerajaan dengan segala jentera yang ada.

Penyebaran gambar-gambar terkutuk ini perlu dihalang kerana ianya merupakan kemungkaran yang wajib dihalang oleh kerajaan Islam dan semua pihak yang mampu menghalangnya dalam kawasan kendalian mereka.

Langkah keempat, pihak kerajaan-kerajaan Islam yang mempunyai kuasa untuk menghukum kumpulan yang terbabit dalam menghina Rasulullah s.a.w. dengan hukuman bunuh, hendaklah melaksanakan hukuman ini.



Namun jika tidak mampu, maka kerajaan-kerajaan Islam ini hendaklah melakukan apa yang mampu seperti menghantar bantahan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Mereka juga boleh membuat pemboikotan yang sistematik terhadap keluaran negara yang menyokong kumpulan berkenaan, sebagai salah satu bentuk tekanan dan bantahan.

Perlulah diingatkan di sini bahawa serangan bersenjata terhadap kumpulan yang menghina Rasulullah s.a.w. hendaklah dielakkan jika tidak mendapat izin dan mandat daripada kerajaan Islam.

Ini kerana perkara itu hanya akan mendatangkan kemudaratan bagi sesetengah umat Islam, khususnya yang berada di negara yang menyokong perbuatan terkutuk menghina Rasulullah s.a.w.

Pelan strategik jangka sederhana pula merangkumi langkah-langkah berikut:



Langkah pertama, setiap individu Muslim wajib membaca dan mendalami keluhuran peribadi Rasulullah s.a.w. Wahyu yang pertama adalah iqra’ yang membawa maksud bacalah, suatu perintah untuk umat Islam mendalami ilmu dengan sering membaca. Justeru, pastikanlah setiap seorang daripada kita membaca tentang Rasulullah s.a.w.

Di antara buku yang baik adalah kitab Syamail Muhammadiyyah karangan al-Imam al-Tirmizi. Kitab itu menceritakan tentang sifat-sifat Rasulullah s.a.w. Seterusnya, bacalah kitab Sirah Rasulullah s.a.w. yang begitu banyak di pasaran.

Penulis ingin mencadangkan dua kitab iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Shaikh al-Mubarakfuri dan juga kitab Sirah Nabawiyyah karangan Prof. Dr. Mahdi Rizqullah Ahmad.

Langkah kedua, gerakan dan kempen besar-besaran perlu dilancarkan untuk menyebarkan keluhuran peribadi Rasulullah s.a.w. dan kesucian mesej Islam yang Baginda bawa.



Seperti yang disebutkan dalam pelan strategik jangka pendek bahawa penyebaran maklumat sebenar tentang Rasulullah s.a.w. perlulah digerakkan dengan serius.

Langkah ketiga, segenap umat Islam mestilah menghayati mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ini perlu dilakukan dengan membuat usaha tadabbur menyeluruh terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran perlulah dibaca dari awal hingga akhir dalam bahasa Arab untuk mendapat pahala bacaan; satu huruf sepuluh pahala.

Usaha murni ini perlulah diteruskan lagi dengan membaca al-Quran dari mula hingga akhir dalam bahasa terjemahan yang boleh kita fahami. Dengan ini barulah umat Islam akan mengetahui mesej sebenar yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan ini juga barulah umat Islam mampu menyerlahkan kehebatan mesej yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Akhir kata, hendaklah yakini bahawa Allah telah pun menjelaskan kepada kita penghina Rasulullah s.a.w. adalah sentiasa rugi. Firman Allah dalam Surah al-Kauthar,



“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-kauthar (nikmat yang banyak). Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah)”.
Utv

Bagaimana reaksi Muslim terhadap penghinaan Rasulullah SAW

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker