Mantan KSN, Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia

Bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Ali Hamsa

Bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa meninggal dunia hari ini, maklum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali pada satu kenyataan.

“Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini,” katanya.

“Sesungguhnya, pemergian beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada Negara dan Perkhidmatan Awam.

“Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya lagi.

Ali Hamsa dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13, telah menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981.

Ali pernah berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan antaranya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi, Intan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker