Puad Zarkashi dilantik speaker DUN Johor

Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 pada mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Iskandar Puteri.

Mohd Puad, 64, merupakan calon tunggal yang dicadangkan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan disokong ADUN Buloh Kasap Datuk Zahari Sarip, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri.

Menyifatkan lantikan beliau sebagai satu penghormatan yang tinggi, Mohd Puad memberi jaminan untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin seperti sumpah yang telah dilafazkan.



Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua Adun menjadikan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai panduan, supaya tidak menjadikan persidangan dewan sebagai “sangkar beruk” sebaliknya menumpukan kepada pelan tindakan membantu rakyat serta membangunkan ekonomi Johor, ketika baginda bertitah pada pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14, Ogos tahun lepas.

“Ingin saya ingatkan Dewan ini menjadi tempat kita berbincang dan berbuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan mulia ini dengan perangai buruk. Ini adalah Dewan mulia bukan dewan sangkar beruk.

“Justeru, Ahli-Ahli yang berhormat marilah kita berbahas secara kritikal tetapi konstruktif… sebagai pembina sendi-sendi negara dan bangsa,” kata beliau selepas mengangkat sumpah di Iskandar Puteri hari ini.

Mohd Puad turut merakamkan penghargaan kepada bekas Speaker DUN Suhaizan Kaiat dan Timbalan Speaker Gan Pek Cheng atas khidmat mereka.



Pada pilihan raya negeri Johor bulan lepas, Mohd Puad, yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, memenangi kerusi Rengit dengan majoriti 1,930 undi, sekali gus menewaskan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir dan bekas Adun Senggarang Khairuddin A Rahim daripada PKR.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker