Rasa curiga pengundi Melayu luar bandar terhadap DAP masih tebal – Anwar
Rasa curiga pengundi Melayu luar bandar terhadap DAP masih tebal – Anwar
Tahap kecurigaan pengundi Melayu, khususnya di kawasan luar bandar, terhadap DAP masih menebal, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, walaupun ada permintaan memutuskan hubungan dengan DAP susulan hakisan sokongan orang Melayu, PKR tetap komited bersama DAP atas sebab prinsip.
“Saya pernah luahkan pendapat saya kepada DAP (dan DAP) cuba sedaya upaya juga (untuk meyakinkan Melayu di luar bandar kerana tertanam (ketidakpercayaan terhadap DAP) begitu tebal.
“Seperti mana juga orang Melayu fikir Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu-satunya dasar penyelamat orang Melayu. Jadi, saya komited dengan persahabatan bersama DAP,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Anwar turut mengakui sokongan orang Melayu kepada dirinya sedikit terhakis kerana bekerjasama dengan DAP.
“(Malah), sokongan orang Melayu kepada saya juga sedikit terhakis. Ada yang menanyakan kalau Datuk Seri boleh putuskan (hubungan dengan DAP itu lebih baik). Jadi (atas) sebab itu, kita kena terangkan kepada mereka (prinsip PKR untuk bersama DAP),” katanya.
Ketua pembangkang itu berkata, bagi menangani isu itu, PKR mengambil pendekatan berbincang secara terbuka untuk meningkatkan kefahaman berhubung prinsip parti itu.
“Bukan Melayu, khususnya Cina, majoriti besar menyokong DAP. Jadi, kalau kita mahu negara ini selamat, bersatu dan maju ke depan, kita harus terima kenyataan kita mesti merangkul kelompok yang dapat dokongan majoriti.” FMT
Rasa curiga pengundi Melayu luar bandar terhadap DAP masih tebal – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
- Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
- Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
- Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
- Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
- Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
- Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
- Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
- Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
- Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
- Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
- Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET